![]()
Welcome to the dini's world! I was once told that the being teenagers are the best years to make an account of precious memories of life, dreams and love–doing so in the most vibrant manner possible.
: nur dini athirah bt mohd sakry.fortune 19.pasir puteh kelantan. .+ follow | Email | facebook | twitter | Favourite:
tagboard here :) recent update :
|
that is our 'HAK'
written on Sunday, October 21, 2012 @ 9:24 PM ✈
we want royalty-Kelantaneese Perlu kita highligt............. Terang lagi jelas rakyat Kelantan tertanya-tanya, apakah negeriku mempunyai minyak? Gajah depan mata tidak boleh disorok. we are not pro umno or pro pas.. but we want our "HAK"Pendapat seorang Jurutera yg pernah berkerja di JDA Area Malaysia-ThailandOctober 16th, 2012 by admin
Oleh: Wan Syazwan (Seorang Jurutera Petronas)
Sebagai seorang yang pernah bekerja dengan syarikat minyak yang beroperasi di JDA (Joint Development) Area Malaysia-Thailand, ini jawapan saya pada mereka yang mempertikaikan hak Kelantan mendapatkan royalti.
1) Jika Kelantan sebuah Negara yang berdiri sendiri (bukan berada dalam Malaysia), JDA area itu sudah pasti antara Kelantan-Thailand. Maka, hasil sumber minyak dan gas di sana dibahagi antar
a Kelantan & Thailand.
2) Penggunaan istilah di luar pesisir pantai boleh dipertikai. Terengganu, Sarawak dan Sabah (lebih 90% platform berada di luar pesisir pantai) menikmati 5% royalti antaranya termasuk kawasan JV area dengan Vietnam, Indonesia spt PCPP.
Kelantan? Zero. Ini diskriminasi?
3) MTJDA ditubuhkan untuk menguruskan kawasan JDA area. Diwakili oleh pihak kerajaan Malaysia & Thailand. Kelantan bukan meminta royalti dari hasil keseluruhan kawasan itu. Yang diminta adalah percentage royalti dari hasil 50 peratus milik Malaysia yang masuk pada kantung Petronas juga (Petronas adalah joint operator kawasan terbabit).
4) Pendaratan minyak tidak layak ke Kelantan kerana kos membina infrastrutur yang tinggi. Adakah Songkhla di Thailand sendiri layak kerana jaraknya lebih jauh dari Kota Bharu.
Kerajaan Thailand sendiri melabur membina insfrastruktur untuk menerima gas itu dari JDA area. Sedangkan Kelantan sejak 1990an lagi menyediakan tanah kepada kerajaan persekutuan untuk membina infrastruktur pendaratan.
Kalau Pangerang di Johor yang tiada sumber minyak boleh digerakkan pembangunan petrochemical dalam masa hanya beberapa tahun, mengapa tidak Kelantan yang sudah sediakan tanah sejak 90an lagi.
5) Apakah tindakan bijak jika 100 peratus gas di JDA dijual kepada Thailand? Kita sedia maklum TNB kekurangan gas apabila banyak platform di Semenanjung membuat proses “Shutdown & Maintainence”.
Apabila kekurangan bekalan gas domestik, barulah kita tersedar bahawa kita memerlukan sumber gas itu. Dan sekarang barulah pembinaan pipeline hendak di buat ke Malaysia tetapi bukan melalui Kelantan, tetapi Kemaman kerana infrastruktur ready.
Sayang jika ini semua sepatutnya sudah dapat dinilai sejak Kelantan tawarkan tanah zaman 90an dahulu lagi. Mungkin tawaran Kelantan pada masa itu tidak dipandang pun.
6) Pernah naik flight dari Kota Bharu Airport disiang hari? Setiap hari ratusan rakyat Kelantan sama ada yang naik flight mahupun yang menghantar keluarganya ke airport dapat lihat dengan jelas pekerja offshore (berbaju coverall) menunggu helicopter ke platform.
Terang lagi jelas rakyat Kelantan tertanya-tanya, apakah negeriku mempunyai minyak? Gajah depan mata tidak boleh disorok.
7) Saya pernah menaiki bot pulang dari platform ke pelabuhan Tok Bali, Bachok. Perjalanan ke Tok Bali jauh lebih singkat berbanding bot hendak balik ke Kemaman.
Sayang sekali, infrastruktur pelabuhan Tok Bali hanya untuk bot nelayan dan bot kecil. Tahukah anda, pulang mengisi minyak di Tok Bali jauh lebih jimat berbanding pulang mengisi minyak di Kemaman.
Kos expenditure untuk minyak kapal dan kos sewa kapal untuk ulang alik ke Kemaman sahaja mungkin berpuluh juta atau ratus juta dapat dijimatkan dalam setahun jika Tok Bali dijadikan Supply Base.
Tok Bali bukan sahaja boleh jadi Supply Base pada kawasan JDA area tetapi juga pada platform di Terengganu yang bersempadan dengan Kelantan.
8) Royalti disalah erti untuk PAS. Saya tidak kisah jika UMNO sekalipun yang menang dalam PRU di Kelantan akan datang, kerajaan UMNO itu perlu juga meneruskan perjuangan “Royalti” ini.
Gomo Kelate Gomo!
0 comment[s] | back to top |